“Tak kesian ke bagi arahan je dan biar anak buat kerja?”-netizen-
Tadi…
Saya tertengok video seorang ayah tengah bagi arahan pada anak lelakinya untuk kutip cendawan laut.
Saya ni punyalah kagum.
Baru first time saya tahu kewujudan cendawan laut ni.
Tapi, bila saya baca ruang komen…
Saya terkejut ada komen-komen yang marah ayah tu sebab bagi arahan pada anaknya.
“Geram eh bapaknya merakam je…”
“Susah nak ambik tu… patut ayah yang ambil”
“Tak kesian ke kat anak awak ambil video suruh anak buat kerja…”
“Bapak tahu mengarah sahaja, tolonglah buat sama!”
“Ayah tak guna mengarahkan anak. Sedangkan dia yang bertenaga belum tentu dapat cabut!”
Eh?
Oh…..
Rupanya ada ramai parents yang tak suka tengok anak susah…
Sebenarnya ok ke kalau kita nak mengarah-arah anak buat kerja ni? Takpe ke?
Hmm…
Dalam kaedah occupational therapy, ada satu pendekatan yang kita panggil prompting.
Pendekatan ni diberikan semasa nak latih kemahiran baru.
1. Modelling - ayah suruh anak duduk tepi, dan ayah tunjukkan macam mana cara ayah tu cabut, anak tengok.
2. Physical prompting - ayah dia duduk sebelah anak, pegang tangan anak, dan ajar anak cara cabut cendawan laut tu.
3. Verbal prompting - ayah duduk tepi dan beri arahan sahaja pada anak, ingatkan anak cara cabut cendawan laut macam yang dia dah pernah tunjuk masa tahap latihan guna physical prompting.
Kalau tengok style anak ni cabut cendawan laut, dan cara dia betulkan kedudukan tangan dia bila ayahnya bagi arahan tu, nampak macam ayahnya dah pernah bagi latihan guna cara modelling & physical prompting.
Jadi, anak ni dah pernah di ajar sebelum video ni dirakam. Ni ayahnya dah latih guna tahap bantuan rendah : verbal prompting. Bantu guna perkataan untuk ingatkan anak cara buat kemahiran tu.
Bagi saya, bagus sangat kemahiran ni.
Latih anak jadi resilience.
Plus, suara ayah dia tenang je masa bagi arahan.
Takde tengking-tengking marah-marah pun.
Elok je.
Bunyi macam ayah yang agak penyabar untuk latih kemahiran pada anak.
Tuan puan,
Latih anak kemahiran hidup ni penting tau.
Ramai orang muda sekarang yang susah nak survive dunia sebenar sebab kita ni sebagai ibu ayah banyaaaakkk buatkan semua benda untuk mereka.
Mereka terpaksa belajar sendiri the hard way.
Sebab kita refuse nak ajar.
Dan nak buatkan sahaja semua benda untuk anak-anak kita.
Anak dah lebih umur 7 tahun, dah mumaiyiz.
Dah tahu beza baik dan buruk.
Dah ada kapasiti akal dan fizikal untuk belajar buat kemahiran-kemahiran hidup yang mana sesuai dengan saiz badan dan tenaganya.
Jangan larang anak buat kerja.
Jangan buatkan semua untuk anak.
Kita yang letih nanti bila tua.
Anak yang merana nanti bila kita tiada..
Saya nak sampaikan point :
Penting & bagus latih anak kemahiran hidup.
Dan langkah-langkah prompting / tahap bantuan nak diberi pada anak.
.

0 comments:
Post a Comment